Friday, July 10, 2009

SARAT & BERAT

BERAT SUNGGUH UNTUK BERDIRI
BERAT LAGI UNTUK BERLARI.........

SEMUA KUCAR-KACIR
KERANA YANG MEMIMPIN BUKAN SUAMI
TAPI ISTERI YANG ADA DIBELAKANG DIRI....

SEORANG LELAKI ATURANNYA...
HARUS PUNYA HAK...
PUNYA PILIHAN ...
UNTUK MEMBUAT SATU KEPUTUSAN
TANPA ADA BAYANG-BAYANG YANG MENGHANTUINYA...

INI TIDAK....
SUAMI YANG ANGKAT SUMPAH
ISTERI PULA YANG SUMPAH SERANAH

BERAT ....SUNGGUH BERAT...
APAKAN DAYA ....
ANGGAPLAH YANG SUSAH ITU UJIAN
YANG MUDAH ITU BALASAN
YANG AKAN DATANG JANGAN ANGGAP IMBALAN
TAPI ANGGAPLAH KEMUJURAN.........

MANA TAHU.....
HATI MANUSIA KAN BOLEH BERUBAH....
INI BARU 18 BULAN
MASIH LAMA UNTUK MEMANGKAH...


JIT JIT SEMUT , SAPA SAKIT NAIK ATAS....

Thursday, April 16, 2009

Monolog Buat Saudara Azli.

MONOLOG BUAT SAUDARA AZLI....
Semalam ku layari laman hijau jati diri nya...
Kan genap setahun dalam benang arus yang mengalir tiba
Namun...
Azli kan tinggalkan pena nya , yang kekadang tajam menusuk daun sireh di minda manusia..
Yang bernama pemimpin , yang bernama dipimpin
Di colek oleh Azli bagaikan pedang Habsi menghiris segala tindak-tanduk mereka..
Tapi itu perjuangan nya....perjuangan saudara azli
Mahu bagaimana lagi berjuang dalam aman
Kecuali
Hanya pena dalam maya yang mampu bicara...
itu lah perjuangan tanpa suara , tanpa bicara , tanpa bahaya
Tapi akhirnya...tersingkir juga pemuda Kuala ini...tidak mampu menahan gelora..
dan beliau pun dinamakan pencundang NAMUN dalam benak pena ku
Beliau adalah wira atau bakal wira walaupun tidak sehebat waja namun wira ini lebih
baik dari 'Perdana'.....
kerana biar jelek pun wira masih mahu terima kata-kata 'MEKANIK ' yang tua......

Sunday, January 4, 2009

Ingin ku nyatakan
Betapa resahnya aku
Bila ku lihat yang adil tidak adil
Bagaikan aur melupai tebing
Yang benar tidak benar
malah yang tipu pula jadi dambaan

Susah betul lah bro....
Bila yang di lock up yang tidak bersalah
Yang benar menjadi hamba
Yang dusta pula menjadi raja
Siapa kita?
Tak lain ....hanyalah sebilangan yang menerima malapetaka
Kerana sumpah dusta telah menjadi kuasa
Bagi menutup semua penderhaka
Kita yang benar disangka bahaya........

Kejamnya insan yang bernama manusia.......